Monday, January 19, 2009

Oh Liza! Oh Sayang!

Masa berlalu dengan pantas.
Kali pertama jumpa dengan Liza adalah pada tahun 2003.
Seorang yang berbadan kecil memasuki ofis P&N Construction yang terletak di lot kedai ofis Bandar Tasik Kesuma.
Siapa dia? Oh, dia datang interview untuk jawatan data entry, pembantu QS.
Nasib tak baik, orang yang interview dia ialah seorang yang tegas. Lee Kok Fai, pengurus kontrak ketika itu...
Liza dihendaki menghasilkan satu format kertas kerja berdasarkan kertas kerja yang sedia ada. Liza merupakan orang baru. Dia tidak mahir dengan kerja yang diarahkan oleh Lee. Dia kelam kabut n air mata mula menitis...
Nasib baik, kami telah memberi galakan dan sedikit tunjuk ajar. Akhirnya dia berjaya menghasilkan kertas kerja dan diterima sebagai ahli P&N.
Liza merupakan seorang pendiam pada mulanya. Kurang berinteraksi dgn kami. Hanya buat kerja seperti yang diarahkan. Masa berlalu, kami mula berkenalan. Topik berbual semakin banyak. Baru tahu dia seorang yang banyak cakap. Mesra tapi garang... Hahaha...
Syarikat mula dapat project di sekitar Kuala Lumpur, dan Seremban masa tu. Ramai rakan setugas telah ditugaskan ke projek lain. Semakin kurang orang di ofis, semakin rapat kami menjadi. Tak lama kemudian, saya telah ditempatkan di Seremban untuk 1 projek pembangunan.
18 bulan kemudian, projek di Seremban telah selesai. Saya ditempatkan semula di Kesuma. Rakan setugas di kesuma semakin kurang. Akhirnya hanya tinggal Liza dan saya. Seorang pekerja dari syarikat pemaju n saya mula mengejek Liza dengan memanggilnya Sayang. Liza mengamuk, tapi sedap di hati. Lama kelamaan, kami panggil dia sayang saja. Rakan setugas di projek lain pula mengejak saya sepasang dengan Liza.
Pertengahan tahun 2007, saya telah diarahkan bertugas untuk projek di Bangkok, Thailand. Berita baik, Sayang nak kahwin dah. Berita kurang baik, saya bukan pengatin lelaki tu.
Hahaha. Tahniah Liza...
Bulan April tahun 2008, saya telah meninggalkan P&N. Kurang berhubung dengan rakan setugas P&N selepas tu. Hari Raya Aidilfitri 2008, saya telah berhubung dengan Liza. Baru tahu dia telah naik pangkat menjadi ibu pada musim perayaan. Tahniah tahniah tahniah diucapkan.

Sangat gembira dapat melihat seorang bertukar dari orang baru dalam masyarakat kepada seorang ibu. Bilakah dia melahirkan anak kedua?

Semoga hidup aman dan sejahterah
Oh Liza Oh Sayangku

No comments:

Post a Comment